Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kilang Plastik Denda Pekerja...

KLANG - Sebuah kilang beg plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini...

BNM Nasihat Berwaspada Tawaran...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan...

Mana Penghuni 76 Unit...

PETALING JAYA - Sepasukan 'search screen' sedang mengesan individu yang mendiami 76 unit...

Pemuda UMNO Kesal PH...

SEDIH... Pakatan Harapan (PH) tidak wajar bubar Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terbukti...

Trafik Sesak Di Sekitar Ibu Negara

PETALING JAYA – Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara dilaporkan mengalami kesesakan lalu lintas hari ini berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter @ITIS_TRAFIK Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kesesakan jalan raya dilaporkan berlaku dari pelbagai arah sekitar ibu kota.

“Pada hari ini, bermula pukul 7.30 pagi, aliran trafik perlahan di Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak.

“Keadaan jalan raya dilaporkan sesak sekitar Ampang ke Ukay Perdana manakala trafik juga sesak dari kedua-dua arah TUDM ke Plaza Perabot,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, keadaan yang sama turut melibatkan laluan dari Tol Sungai Besi menghala ke Petronas serta dari Bulatan Pahang ke Institut Jantung Negara.

Dalam pada itu, turut diingatkan kepada orang ramai agar sentiasa memandu secara berhemah dan berhati-hati.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori