Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Skuad Bola Sepak Berakhir...

PADA tahun 1994 - saya menguruskan pasukan bola sepak di kawasan perumahan sekitar Cheras....

Naza Italia Lancar Model...

PETALING JAYA - Beberapa bulan selepas pelancarannya di peringkat antarabangsa di Geneva, model...

Jangan Pandang Sepi Nasib...

KUALA LUMPUR - Ketika isu-isu berkaitan Syria, Palestin dan Myanmar terus mendapat perhatian...

KPM Giat Lakukan Pemutihan...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) giat menjalankan pemutihan tanah bagi merungkai isu...

Tsunami Sampai Ke Jepun, Gelombang Mungkin 3 Meter

TOKYO : Tsunami melanda Jepun lewat semalam hingga awal hari ini, dan ombak setinggi tiga meter mungkin berlaku, kata Agensi Meteorologi Jepun, beberapa jam selepas letusan gunung berapi besar berhampiran Tonga.

Agensi itu berkata, tsunami 1.2 meter mencecah pulau terpencil selatan Amami Oshima sekitar 11:55 malam tadi sebelum kawasan lain di sepanjang pantai Pasifik Jepun menyaksikan tsunami yang lebih kecil.

Pantai timur pulau paling utara Hokkaido serta wilayah barat daya Kochi dan Wakayama juga menyaksikan tsunami setinggi 0.9 meter sejurus selepas tengah malam, kata agensi itu.

Penyiar nasional NHK beralih kepada program khas dan menyiarkan rakaman secara langsung dari pelabuhan wilayah terjejas, menyeru penduduk kawasan itu berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Rakaman itu bagaimanapun tidak menunjukkan tanda kelainan yang jelas.

Seorang pegawai agensi cuaca memberitahu sidang akhbar tengah malam yang disiarkan di televisyen bahawa agensi itu telah mengesan perubahan air pasang surut lebih tinggi daripada satu meter selepas jam 11 malam.


Agensi itu tidak segera mengklasifikasikannya sebagai tsunami.

Bagaimanapun, ia memutuskan untuk mengaktifkan sistem amaran tsunami awam bagi menggesa pemindahan penduduk Amami.

“Kami tidak tahu pada ketika ini sama ada ini tsunami, tetapi perubahan pasang surut yang kuat telah diperhatikan, maka kami menggesa penduduk untuk bertindak balas,” kata pegawai itu pada sidang media.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori