Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Arul Kanda Pembahas Yang...

PETALING JAYA - Arul Kanda Kandasamy telah digambarkan sebagai seorang 'lagenda di kalangan...

Kisah Viral: ‘Kenapa Kau...

TERSENTUH kami tatkala membaca coretan seorang guru sekolah rendah yang berkongsi cerita pilu...

Pegawai MOSTI Antara Yang...

KUALA LUMPUR - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Wilfred Madius Tangau...

Zara Zya Enggan Ulas...

PETALING JAYA - Pelakon Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin...

Tun Mahathir Semakin Pulih, Pindah Ke Wad Biasa – Marina

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor semakin pulih selepas penilaian dilakukan oleh doktor pakar.

Anak sulungnya, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, bapanya juga telah dipindahkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) ke wad biasa di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

“Tun Dr Mahathir ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Menurut Marina juga, Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya.

Pada Selasa, Marina memaklumkan Dr Mahathir telah mempunyai selera makan dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori