Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

1 Maut, 10 Cedera...

ISTANBUL - Seorang terkorban dan 10 lagi cedera dalam serangan roket yang terkena...

Ribuan Hadiri Sambutan Ulang...

KUCHING: Lebih 10,000 menghadiri istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi...

Lelaki Ugut Letupkan Kediaman...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan mengugut untuk meletupkan kediaman Perdana...

KDN Pantau Dakwaan Kemasukan...

KUANTAN – Kerajaan akan memantau jika terdapat maklumat tentang kemasukan warga Israel yang...

UMNO, BN Johor Tumpu Guna Media Sosial Hadapi PRN

JOHOR BAHRU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor akan menumpukan penggunaan media sosial, terutama Facebook serta TikTok, untuk mendekati dan menarik perhatian golongan pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata itu antara pendekatan bagi menangani peningkatan besar jumlah pengundi muda negeri ini, susulan pendaftaran automatik Undi18.

Beliau berkata, pertambahan signifikan jumlah golongan muda yang akan kali pertama mengundi itu memerlukan pelaksanaan strategi berbeza daripada sebelum ini.

“UMNO dan BN sudah mula menggunakan media sosial secara meluas sejak PRN Melaka lagi.

“Selain Facebook dan TikTok, kita juga akan menggunakan keseluruhan platform media sosial untuk menyantuni pengundi, khususnya golongan muda susulan pengenalan Undi18.

“Kita melihat pengundi, khususnya golongan muda, cenderung untuk menggunakan Facebook dan TikTok berbanding medium lain. Justeru, kita akan memberikan tumpuan kempen ke arah itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat BN Comms Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, usaha memperkasakan kempen pada PRN Johor kali ini dilaksana dengan menggunakan media sosial secara lebih meluas susulan jumlah pengundi muda kini mencecah hampir 750,000.

“Ia menjadikan pengundi di negeri ini meningkat kepada 2.5 juta berbanding hanya 1.8 juta pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.


Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan, kesemua 26 bahagian UMNO Johor telah bersiap sedia bagi mengaktifkan bilik gerakan menghadapi PRN kali ini.

“UMNO juga sudah menyiapkan segala bahan penerangan sebagai persediaan kempen, terutama penjelasan pelbagai isu supaya ia dapat disampaikan secara berkesan kepada pengundi nanti,” katanya.

Seterusnya, Dr Adham berkata, UMNO Johor perlu meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), supaya menjadi garis panduan bagi melancarkan jentera parti untuk berkempen.

“Kita berharap SPR akan memperincikan dari aspek sekatan dan kebebasan penggunaan medium media sosial.

“Ini kerana akaun TikTok dikendalikan Puteri UMNO Johor telah menerima 10 laporan sehingga disekat sementara, sedangkan kandungan video yang dimuat naik membabitkan penjelasan isu semasa dan tidak berunsur provokatif,” katanya.

Justeru, beliau berkata, SPR serta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori