Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Betul Encik…Ada Orang Sengaja...

KOTA KINABALU - "Betul encik... ada orang sengaja letak pil (ecstacy) dalam minuman...

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi...

REMBAU - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan jalan raya di...

Keadaan Jantung Datuk Lat...

IPOH - Keadaan jantung kartunis terkenal Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali...

Angin Kencang & Laut...

KUALA LUMPUR - Tiupan angin barat laut yang kencang dengan keadaan laut bergelora...

UMNO, DAP Susun Strategi Dekati Pengundi Muda

KUALA LUMPUR : Mendekati pengundi muda secara dekat, pertemuan secara langsung dan memperjuangkan isu setempat dikenal pasti antara modal yang bakal digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Penekanan khusus terhadap aspek sedemikian menjadi antara pertaruhan UMNO dan DAP dalam memancing sokongan 750,000 pengundi berusia 18 tahun.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata seluruh cawangan parti berkenaan di Johor sudah digerakkan untuk mendekati pengundi muda dan bakal memilih buat pertama kali kelak.

Jelasnya, jentera di peringkat cawangan mempunyai ‘sentuhan magis’ bersandarkan jaringan hubungan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lazimnya terdiri daripada golongan muda.

“Pendekatan ini bukan baharu, sebaliknya sudah digunakan dalam beberapa PRN sebelum ini, termasuk Melaka dan kita dekati pengundi muda secara ‘micro targeting’ (bersasar mikro).

“Pemuda UMNO Johor mempunyai jaringan dengan pelbagai NGO di lokaliti masing-masing, contohnya yang bergiat aktif dalam segmen suka bola sepak, sepak takraw, jentera motosikal dan lain-lain.

“Menerusi pendekatan ini, kita berupaya mendekati pengundi muda yang lazimnya mempunyai minat mendalam terhadap rangkaian perkara.

“Ketika perjumpaan, kita tidak akan janjikan bulan dan bintang seperti Pakatan Harapan (PH), tetapi tawarkan rekod pencapaian terdahulu,” katanya kepada BH, hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, 24 Januari lalu dilaporkan berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini bagi membincangkan tarikh penting PRN Johor.

PRN Johor diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, selepas baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan menguasai 28 DUN, manakala PH sebanyak 27 kerusi daripada 56 DUN.


Susulan keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak bersendirian, Asyraf Wajdi berkata gabungan itu akan membawa tema kestabilan sebagai asas ke arah membina masyarakat di Johor yang sejahtera mencakupi segenap aspek ekonomi.

“Kita tidak banyak bermain dengan sentimen murahan, sebab itu pendekatan Pemuda lebih kepada kempen positif berbanding negatif. Orang muda lebih minat ke arah itu.

“Mereka sudah muak apabila melihat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), politik berasaskan kebencian akhirnya memporak-perandakan negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata PH tidak akan meletakkan sandaran terhadap isu di peringkat nasional sebagai modal berkempen, sebaliknya tawaran lebih berkait dua perkara penting membabitkan kepentingan setempat.

Beliau berkata, ia merangkumi isu penghijrahan golongan muda ke Singapura dan peluang pekerjaan di Johor Bahru yang terlalu padat, sehingga menjejaskan kelestarian sosioekonomi di ibu negeri Johor itu.

“Isu di peringkat nasional tidak memberi impak terlalu besar dalam PRN, justeru kita akan pergi ke perkara bersifat tempatan dan ia sudah dikenal pasti.

“Tawaran lain kepada pengundi muda ialah menerusi langkah DAP mengetengahkan calon pemimpin muda dan ini dibuktikan pada PRU-14 apabila 70 peratus calon berusia bawah 40 tahun.

“Apabila ingin bawa aspirasi muda, kita perlu gilap bakat dan beri peluang kepada mereka bersuara serta menjadi sebahagian daripada pembuat keputusan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori