Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

” Nik Nazmi, Itu...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegur Ketua Angkatan Muda Keadilan...

Banjir Sarawak: 4 PPS...

KUCHING ā€“ Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan pengurangan kepada 4,686 orang setakat...

Separuh Penerima Kompaun Dana...

PUTRAJAYA - Separuh daripada 80 penerima kompaun dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah...

Erdogan Gesa Israel, Palestin...

KUALA LUMPUR - Presiden Turki, Recep Tayyep Erdogan menyeru kedua-dua pihak Israel dan...

UMNO Tak Rakus, PRN Johor Mahu Wujud Kerajaan Stabil

KUALA LUMPUR : Tuduhan segelintir pimpinan PAS kononnya UMNO ‘rakus’ kerusi dan kuasa bukan saja mengecilkan hati, malah mengeruhkan lagi hubungan dua parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim, berkata kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan terutama kedua-dua parti berganding dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kalau UMNO tamak kuasa, kenapa dibubar DUN (Dewan Undangan Negeri)? Bukankah UMNO mengetuai kerajaan di Johor? UMNO boleh teruskan saja berkuasa hingga tamat tempoh penggal DUN dengan kekalkan kuasa yang dikatakan itu.

“Apapun kenyataan seumpama itu dari pimpinan PAS pastinya akan mengeruhkan lagi keadaan dan semestinya setiap ahli UMNO akan berkecil hati,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik yang mendakwa UMNO ‘rakus’ kerusi dan kuasa apabila menawarkan hanya empat kerusi DUN untuk ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Walaupun belum ada keputusan muktamad sama ada kerjasama UMNO-PAS menerusi MN akan direalisasikan dalam PRN Johor, Mokhtar menyifatkan tawaran UMNO itu seolah-olah melupakan jasa PAS sebelum ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, UMNO mahukan kerajaan lebih stabil bagi membangunkan Johor dan sekali gus dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan penduduk negeri berkenaan.

“Membubarkan DUN dengan mengembalikan mandat kepada rakyat adalah bagi memilih sebuah kerajaan diyakini dan tertubuh dengan satu legitimasi yang sah,” katanya.


Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, menegaskan pandangan dan pendirian pimpinan bawahan tidak mewakili suara rasmi parti.

Beliau berkata, jika ada dalam kalangan pemimpin bawahan atau ahli memberi pendapat termasuk menyerang rakan dalam MN dan Perikatan Nsioanal (PN), itu adalah pandangan peribadi individu terbabit semata-mata.

“Itu bukan pendirian parti, tidak perlu diperbesar-besarkan di media. Lainlah kalau yang bercakap itu adalah Presiden, Timbalan Presiden atau Ketua Penerangan. Perkara kecil begini sepatutnya dielakkan daripada bertembung sesama sendiri,” katanya.

Hashim turut mengingatkan semua pemimpin dan ahli parti supaya mengelak dan menjadikan media sebagai medium perantara bagi menyelesaikan krisis atau pertikaian sesama parti dalam MN dan PN.

Katanya, pelaksanaan dan kejayaan untuk mewujudkan perpaduan ummah bukan kerana UMNO atau BERSATU, sebaliknya ia adalah perintah daripada Allah.

“Kita sudah bergerak ke arah perpaduan ummah, kita berada pada landasan yang betul,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori