Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki, Kesan...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki dan sedang mengesan empat lagi rakannya...

Agong Tak Terima Senarai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong tidak menerima senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokong...

Pengurus Kewangan Dituduh Buat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Pengurus Kewangan dan Ketua...

Sultan Ibrahim Perkenan DUN...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memperkenankan Dewan Negeri...

Umrah: Ramai Pihak Terjejas, Tanggung Kerugian

SHAH ALAM – Penangguhan umrah yang baru sahaja diumumkan oleh kerajaan pada Sabtu menyebabkan ramai individu mahupun syarikat pengendali umrah terjejas dan menyebabkan kerugian.

Ia berlaku disebabkan individu atau syarikat telah mengeluarkan wang untuk membayar tiket penerbangan, hotel penginapan dan juga caj pembayaran visa umrah.

Setiausaha Agung Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Ab Rahman Mohd Ali berkata, anggaran kasar kerugian yang ditanggung syarikatnya adalah sebanyak RM210 juta.

Jelasnya, ini kerana sebanyak 30,000 jemaah umrah yang ditangguhkan penerbangan dan ibadah mereka bermula 8 Januari sehingga April 2022.

“Kerugian sekitar RM7,000 sekepala. Sebanyak 30,000 jemaah yang tertunda ibadahnya. Jadi jumlah anggaran kasar sebanyak RM210 juta. 80 peratus dari jumlah ini ditanggung jemaah sendiri,” katanya.

Pada Sabtu, kerajaan mengumumkan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan penilaian risiko situasi varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi.

Sebelum itu, katanya, perbincangan khas bersama beberapa agensi terbabit umrah diadakan disusuli Mesyuarat Khas Kuartet yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam masa sama, menurut Presiden Bumitra, Harun Kc Ahmmu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membatalkan kuarantin di rumah bagi jemaah umrah yang pulang bermula Isnin.


Oleh itu, jemaah umrah dikehendaki untuk kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan dengan membayar kos penginapan yang telah dinaikkan kepada sekitar RM250 hingga RM355 sekepala untuk satu hari.

“Kami harap KKM dan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) memberikan kuarantin percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan dan bagi yang mampu, kembalikan kepada harga asal iaitu RM150.

“Ini kerana, bermula Isnin, bagi jemaah umrah yang tiba pada jam 11 pagi, mereka diwajibkan kuarantin dan harga caj ini dinaikkan kepada RM250 hingga RM355 seorang,” ujarnya.

Tambah beliau, penangguhan sementara ibadah umrah ini juga telah mengakibatkan banyak pengendali umrah terpaksa menutup semula operasi perniagaan.

Jelasnya, ini kerana pengendali tersebut gagal untuk membayar tuntutan bayaran kepada jemaah umrah kerana berisiko untuk tidak mendapat pulangan tuntutan semula pembatalan atau penangguhan tiket penerbangan, tempahan hotel dan caj visa umrah dari pihak muasassah Arab Saudi.

Terdapat juga beberapa pihak mengatakan bahawa penangguhan umrah ini merupakan satu diskriminasi terhadap umat Islam.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, keputusan kerajaan menangguhkan ibadah umrah tidak wajar dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap umat Islam di negara ini kerana ia dibuat bagi mengekang penularan Covid-19.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori