Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cita-Cita Sebenar Bill Gates...

SIAPA yang tidak kenal Bill Gates, seorang jutawan yang bertanggungjawab membangunkan sebuah syarikat teknologi...

Pesara TLDM Maut, Motor...

LUMUT - Seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas motosikalnya merempuh...

Sultan Brunei Terima Menghadap...

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang...

Graduan ILP Disaran Jadi...

SERDANG - Graduan Institusi Latihan Pertanian (ILP) disaran menjadi ejen mentransformasikan sektor pertanian...

Undi MUDA Undi PH

Penubuhan parti MUDA sebenarnya taktikal PH untuk mendapatkan sokongan pengundi muda pada PRU-15?

Itu antara persoalan yang jarang disebut secara terbuka sebelum ini kerana sukar untuk diperlihatkan secara harfiah.

Teori itu pula agak ‘simple’ kerana cuma berkait hubungan baik DAP dan pengasas MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Namun pembubaran DUN Johor semalam mula memperlihatkan sesuatu tentang teori berkenaan yang barangkali berasas.

PH iaitu gabungan parti DAP, PKR dan PAN mengumumkan PH dan MUDA bekerjasama pada PRN Johor.

Kedua-dua pihak malah telah pun berbincang mengenai pengagihan kerusi sebagai strategi menawan negeri Johor.

Ramai anak muda terkejut mendengar perkhabaran itu, tetapi itulah realitinya. Parti MUDA akhirnya muncul sebagai sekutu PH.

Mungkin disebabkan terdesak, ‘butang’ taktikal PH dan MUDA yang sepatutnya ‘ditekan’ pada PRU-15 terpaksa ‘ditekan’ sekarang.

 


Jika benar begitu segala ‘gebang politik’ parti MUDA ditubuhkan untuk mengangkat suara dan kepimpinan anak muda Malaysia sudah boleh dipertikaikan.

Dalam keadaan MUDA menjadi sekutu pilihan raya PH walau bukan sebagai parti gabungan bermaksud “Wal Hasil Balik Asal’.

Syed Saddiq terus memainkan peranan mendapatkan sokongan pengundi muda untuk PH, tetapi kali ini menggunakan parti MUDA.

Jika pun Syed Saddiq diumumkan calon Menteri Besar pada akhirnya ia adalah tentang kuasa berada digenggaman PH.

Maka anak muda Malaysia telitilah sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan politik. Jangan tersilap langkah lagi.

Kita bersimpati kepada ahli MUDA seperti Setiausaha Agungnya yang berpeluh-peluh menyertai Perhimpunan Tangkap Azam Baki.

Mereka digerakkan untuk mewar-warkan agenda politik MUDA dan PH di jalanan, tetapi pemimpin mereka tidak pula terlihat dalam medan propaganda itu.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori