Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Puluhan Penduduk Sesak Nafas,...

JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kulai, di sini, gempar...

32 Wanita Hamil ‘Haram’...

PHNOM PENH - Seramai 32 wanita warga Kemboja ditahan hari ini, kerana disyaki...

Sabah Akan Mohon Peruntukan...

TAWAU - Sabah akan memohon peruntukan kepada kerajaan pusat untuk membaiki kira-kira 600...

Mahkamah Tetapkan 9 Sept...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 9 Sept untuk...

Visa Novak Djokovic Terbatal Kali Kedua

AUSTRALIA : Bintang tenis dunia, Novak Djokovic berdepan pengusiran sekali lagi oleh kerajaan Australia yang membatalkan visanya buat kali kedua.

Menteri Imigresen, Alex Hawke menegaskan, kementeriannya telah menggunakan kaedah budi bicara sebelum membatalkan visa pemain berusia 34 tahun itu, tiga hari sebelum Terbuka Australia bermula.

Pemain nombor satu dunia itu merupakan juara bertahan kejohanan tersebut dan turun dengan misi memburu rekod ke-21 bagi perseorangan lelaki.

Meskipun dengan ketidakpastian statusnya, penganjur tetap meletakkan nama Djokovic sebagai pemain pilihan dalam kejohanan tersebut.

Dia dijadualkan bertemu rakan senegaranya, Miomir Kecmanovic yang menduduki ranking ke-78 dunia pada perlawanan pembukaan.

Peguam Djokovic dijangka memohon pembatalan visa itu ke Persekutuan dan Mahkamah Keluarga, seperti yang pernah dilakukan pada pembatalan kali pertama yang lalu.


Menurut surat khabar Austalia, The Age, Djokovic masih ditahan di bahagian imigresen, sementara peguamnya bersemuka dengan pegawai kerajaan bagi membincangkan masalah itu.

Hawke dalam satu kenyataan menjelaskan, kerajaan Australia komited melindungi sempadan negaranya, memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut mempertahankan kenyataan itu dengan menegaskan negaranya telah melalui banyak pengorbanan dalam memerangi Covid-19 dan ini merupakan hak bagi rakyatnya mendapatkan kesihatan serta keselataman yang baik.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori