Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jenazah Ibu MB Selangor...

KUALA LUMPUR - Jenazah Che Tom Yahaya, 82, ibu kepada Menteri Besar Selangor,...

‘Negaraku’ Terbang Tinggi Bersama...

PUTRAJAYA - Malaysia Airlines (MAS) memperlihatkan komitmen tingginya dalam menyertai inisiatif "Negaraku", yang...

Trainer accused of having...

One should to stay to simplified approach to date as exceptional article writing...

Malu Terjatuh, Presiden Zimbabwe...

GARA-GARA gagal menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sehingga figura yang dikenali sebagai seorang...

28,825 Kes Jangkitan Baharu, 238 Di ICU

KUALA LUMPUR : Sebanyak 28,825 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 19 Feb, menjadikan jumlah kumulatif 3,194,848 kes.

Angka itu membabitkan 28,734 kes tempatan dan 91 kes import, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 99.67 peratus atau 28,730 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

Selebihnya, 95 kes bersamaan 0.33 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

Daripada jumlah itu, 28 kes (29.47 peratus) belum divaksinasi, 49 kes sudah menerima dua dos vaksin, 18 kes sudah menerima dos penggalak, 41 kes berumur 60 tahun ke atas, 48 kes mempunyai komorbid dan sembilan kes telah meninggal dunia.


Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 12 kluster baharu direkodkan, menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negara ini sebanyak 492.

Sementara itu, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 18,514, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 2,919,196 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 238, manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 130 kes,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori