Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Dua Lipa Kecil Hati...

BINTANG pop keturunan British-Albania, Dua Lipa akui berasa terguris dengan tindakan segelintir netizen...

Gemar ‘Usik’ Amira Othman,...

BARU-BARU ini heboh di media sosial apabila netizen mengaitkan hubungan antara penyampai radio,...

DUN Terengganu Dijangka Bubar...

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka akan dibubarkan esok bagi memberi...

800,000 Rokok Putih Seludup...

KLUANG: Sebanyak 800,000 batang rokok putih tanpa cukai dirampas oleh Pasukan Batalion Lima...

3 Sungai Di Kuala Krai Lepasi Paras Amaran

Kota Bharu : Tiga sungai di Kuala Krai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran pada pagi hari ini, susulan hujan lebat yang melanda sejak semalam.

Lokasi yang terbabit adalah Sungai Nal dengan bacaan 23.67 meter (m), Sungai Lebir di Kampung Tualang mencatat 33.24m dan Sungai Kelantan pula sebanyak 20.35m.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Jainal@Zainal Madasin berkata, paras air sungai meningkat susulan taburan hujan yang tinggi melanda di kawasan berkenaan.

“Penduduk setempat dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga kerana air sungai juga dilihat naik dengan agak pantas dan khuatir jika ia terus bertambah susulan hujan yang berterusan.

“JBPM Kelantan terutama di Kuala Krai sentiasa bersiap siaga daripada segi kekuatan anggota dan logistik untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika bah melanda.

“Kami juga peka dengan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkaitan keadaan cuaca semasa serta sentiasa mengemas kini paras sungai di seluruh Kelantan apabila hujan dilaporkan melanda secara berterusan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Jainal berkata, selain jajahan Kuala Krai, kawasan lain seperti Gua Musang, Jeli dan Pasir Mas turut diberi perhatian kerana menjadi antara lokasi terawal berlaku peningkatan paras sungai seterusnya menyebabkan banjir.

“Penduduk perlu memberi kerjasama dengan berpindah awal ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika mendapati kawasan mereka tidak selamat untuk didiami akibat banjir.

“Selain itu, saya juga menasihatkan orang ramai di sekitar Kota Bharu untuk berhati-hati dengan kejadian banjir kilat kerana ia sering berlaku apabila hujan lebat,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori