Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Maut Diseret...

GOMBAK - Seorang penunggang motosikal maut selepas diseret hampir 10 meter dalam kemalangan...

Dakwaan Sewa Mara Digital...

KUALA LUMPUR - Dakwaan sesetengah pihak bahawa kadar sewa premis perniagaan di Mara...

Presiden Turki Ikrar Akan...

ISTANBUL - Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad berikrar bahawa negaranya akan terus...

PAS Kritik Kerajaan Pusat...

SHAH ALAM - Kritikan PAS terhadap Kerajaan Persekutuan hanya untuk memastikan negara ditadbir...

311 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Sabah

PITAS : Hujan lebat yang turun sejak pagi semalam mengakibatkan 311 orang mangsa banjir dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 311 mangsa daripada 97 keluarga ditempatkan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II, Dewan SK Rukom dan Dewan Kampung Kusilad.

Di Dewan SK Pekan Pitas II pula, seramai 108 orang mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan.

Sementara itu,135 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke Dewan SK Rukom dan 68 orang daripada 20 keluarga dipindahkan ke Dewan Kampung Kusilad.


Setakat ini, terdapat enam kampung terjejas banjir iaitu Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu dan Kampung Kusilad.

Proses pemindahan mangsa banjir turut dilakukan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kota Marudu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori