PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 5,720 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,887,780 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini.
Ia kali keenam pada tahun ini kes harian negara melepasi angka 5,000 dengan kali pertama ialah 5,439 kes (27 Januari), diikuti 5,525 kes (28 Januari), 5,139 kes (29 Januari), 5,736 kes (2 Februari) dan 5,566 kes (1 Februari).
K!Online-