KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Dewan Rakyat pagi ini bagi merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14.
Baginda tiba pada jam 10.20 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Persidangan kali ini akan berlangsung selama 16 hari sehingga 24 Mac.
Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat hari ini akan berlangsung selama sembilan hari bermula 21 Mac.
-Berita Harian