Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tekad Capai Tahap...

LONDON - Malaysia sedang menggiatkan usaha meningkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes...

Sedia Keluar Waran Tangkap...

KUALA LUMPUR - Polis Malaysia akan mengeluarkan waran tangkap untuk seorang diplomat Korea Utara...

Cara Menjadikan Bateri iPhone...

SISTEM operasi terbaharu Apple, iOS 9 telah membuat penambahbaikan mutu bateri supaya ia bertahan...

Mahfuz: Saya Bukannya Hadir...

SUBANG JAYA - Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke persidangan...

Amaran Hujan Berterusan Di Sabah, Sarawak Dari 5 Hingga 7 Feb

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan di timur Sabah serta tengah dan barat Sarawak dalam tempoh 5 hingga 7 Feb ini.

Ramalan ini susulan analisis kaji cuaca dikeluarkan oleh MetMalaysia bersama dengan Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS) yang menunjukkan luruan angin timuran di rantau negara hingga 9 Feb ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini turut meramalkan cuaca lembab dan hujan di beberapa daerah pesisir negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang pada sebelah pagi.

Di negeri pantai barat Semenanjung seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang.


Negeri di utara Semenanjung pula diramalkan mengalami cuaca panas dan hujan yang kurang.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa hingga 7 Feb ini.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori