Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Pencemaran Toksik Kini...

PASIR GUDANG - Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan...

PRN Sarawak: DUN Bukit...

LAWAS : Tiada kemenangan tanpa bertanding untuk Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang...

Singapura Kenakan Caj Rawatan...

SINGAPURA - Singapura telah mula mengenakan bayaran kepada warga asing yang menerima rawatan...

Angin Kencang Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer...

Amira Berdepan Lima Calon Di Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menyaksikan persaingan sengit, selepas enam calon menyerahkan borang pencalonan.

Calon yang bertanding di kerusi itu ialah Barisan Nasional (BN), Ng Yew Aik; Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Dr Khairil Anwar Razali.

Turut bertanding ialah calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Steven Choong Shiau Yoon dan calon Bebas, Adzrin Adam.

Berdasarkan data SPR, seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor 12 Mac depan.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus, berbanding 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.


PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14.

SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori