Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Geledah ‘Safehouse’ Temui...

Kuala Lumpur : Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya...

Dialog TN50 Permulaan Terbaik...

KUALA LUMPUR - Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah platform untuk generasi...

Jual Cuti Sakit Palsu,...

IPOH - Polis Perak menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan...

Keputusan UMNO Perak Tak...

KUALA LUMPUR - Kemelut politik membabitkan Menteri Besar Perak ketika ini tidak dibincangkan...

Aplikasi ‘Rain Alarm’ Alternatif Bantu Pantau Ramalan Cuaca – Polis

KUALA KRAI : Aplikasi cuaca ‘Rain Alarm’ – yang memberi amaran jika hujan menghampiri lingkungan lokasi yang ditetapkan – menjadi satu daripada inisiatif diambil polis Kuala Krai untuk memantau ramalan cuaca terkini bagi mengelakkan perkara tidak diiingini berlaku seperti banjir.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohamad berkata selain arahan atau amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), aplikasi itu juga dapat memberi gambaran awal terhadap taburan hujan di sesuatu kawasan yang berkemungkinan boleh berlaku banjir.

“Memandangkan keadaan cuaca ketika ini tidak menentu, saya mengambil inisiatif sendiri dengan mengakses aplikasi ‘Rain Alarm’ kerana ciri-ciri teknologi yang terdapat dalam aplikasi ini boleh membantu untuk melihat ramalan cuaca.

“Sebagaimana kita sedia maklum, Kuala Krai antara kawasan yang sering dinaiki banjir terutama pada musim tengkujuh, jadi aplikasi ini dapat membantu saya untuk mengarahkan anggota bersiap sedia sekiranya berlaku banjir di jajahan ini,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Suzaimi berkata inisiatif itu juga dilakukan sebagai satu daripada langkah untuk memastikan usaha menyelamatkan mangsa yang terkandas akibat banjir dapat dilakukan dengan secepat mungkin.


“Saya harap kawasan yang sentiasa berdepan dengan bencana alam seperti banjir, sentiasa peka dengan arahan dikeluarkan kerajaan selain mencari alternatif lain seperti mengakses aplikasi berkaitan ramalan cuaca sebagai tindakan awal mengelakkan perkara tidak diingini terjadi,” katanya.

Pada Rabu lepas, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga esok.

Negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori