Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tekun Kaji Kaedah Percepat...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencari kaedah untuk mempercepatkan...

BSN Sasar Agih RM6...

KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasar untuk mengagihkan pinjaman sekurang-kurangnya RM6...

Pasukan Azmin Menang Di...

PASIR PUTEH - Pasukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan...

FMLLP Bakal Perkenal ‘Challenge...

SHAH ALAM - Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) bakal memperkenalkan satu...

Arab Saudi Timbus 2,450 Perigi Terbiar

RIYADH : Arab Saudi menimbus 2,450 telaga terbiar di seluruh negara itu, sebagai langkah keselamatan bagi mengelak berulang lagi tragedi kematian kanak-kanak lelaki di Maghribi.

Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi, berkata pihaknya berbuat demikian berikutan kesukaran operasi menyelamat mangsa jika terjatuh ke dalam perigi terbiar.

Tragedi kanak-kanak lelaki, Rayan Oram, 5, terjatuh ke dalam perigi terbiar di kampung Ighrane di wilayah Chefchaouen Maghribi Selasa lalu dan terperangkap lima hari menjadi iktibar kementerian itu untuk menimbus perigi terbiar.

“Untuk memastikan keselamatan semua orang… kementerian menimbus ribuan perigi terbiar. Kita akan mencari dan terus bekerja untuk menimbus mana-mana perigi terbiar,” katanya.

Kementerian itu juga meminta penduduk untuk melaporkan mana-mana perigi yang tidak selamat atau tidak bertutup.

“Laporan anda akan melindungi anda dan orang lain,” kata kementerian itu.

Isnin lalu, orang ramai menghadiri majlis pengebumian Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap selama lima hari di dalam perigi kering dan sempit sedalam 32 meter.

Ratusan hadirin meratapi pemergian kanak-kanak itu di tanah perkuburan yang terletak di lokasi terpencil di utara wilayah Chefchaouen, beberapa kilometer (km) dari lokasi tragedi ketika seorang imam membacakan doa.


Lewat malam Sabtu lalu, hadirin di tempat kejadian bersorak selepas Rayan berjaya dikeluarkan daripada perigi berkenaan.

Bagaimanapun, sorakan gembira bertukar kesedihan apabila Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan.

Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.

Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.

Sepanjang operasi menyelamatkan, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.

Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori