Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Bakal Pengantin Didakwa Samun...

KUALA LUMPUR - Seorang bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan Khamis ini, mengaku...

Saintis Sahkan Tahun 2018...

TAHUN 2018 dijangka mencatat rekod sebagai keempat terpanas dalam rekod, menurut Pertubuhan Meteorologi...

Menteri Besar Ingat Rakyat...

KOTA BAHARU - Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menasihatkan rakyat Kelantan supaya berhati-hati...

Kes Tampar Polis: Farid...

SUSULAN berita penangkapan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil yang dipercayai menampar anggota...

AS Percaya Rusia Akan Lakukan Muslihat Serang Ukraine

AMERIKA Syarikat (AS) mendakwa pelbagai muslihat akan dilakukan Rusia bagi mewajarkan pencerobohan ke atas Ukraine.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Negara AS Antony Blinken kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, pada Khamis.

Beliau berkata, serangan mungkin dilakukan menggunakan peluru berpandu dan bom, atau serangan siber, diikuti dengan tentera Rusia yang mara ke “sasaran utama yang telah dikenal pasti.”

“Rusia merancang untuk mereka cipta alasan untuk serangannya.

“Ia boleh menjadi satu insiden keganasan yang dipersalahkan Rusia ke atas Ukraine, atau satu tuduhan keterlaluan yang Rusia akan lemparkan terhadap kerajaan Ukraine.

“Kita tidak tahu dengan pasti apa bentuk tindakan yang akan diambil. Ia boleh jadi satu pengeboman pengganas yang dibuat-buat di Rusia.


“Atau kononnya satu penemuan kubur besar-besaran, atau serangan dron yang sengaja diadakan terhadap orang awam atau satu serangan palsu, malah mungkin juga benar, menggunakan senjata kimia.

“Orang Rusia menyifatkan peristiwa ini sebagai pembersihan etnik. Atau pembunuhan beramai-ramai. Mereka mempermain-mainkan konsep yang kita di sini anggap serius,” kata Blinken.

Beliau bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan tersebut.

Sasaran yang dimaksudkan Rusia termasuk terhadap Kyiv dengan hampir tiga juta penduduknya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori