Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerana Gambar Throwback, Fathia...

NAMA pelakon Fathia Latiff bagaikan tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan pelbagai kontroversi...

SMK Balung Ditutup Ekoran...

TAWAU - Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup hari ini bagi membolehkan...

Baitulmaqdis: PM Batal Ke...

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membatalkan rundingan tahunan Kerajaan...

73 Ladang Babi Beroperasi...

Kuala Lumpur : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesan 73 ladang babi beroperasi tanpa...

Banjir Di Terengganu, Kelantan Dijangka Berlarutan

PETALING JAYA – Bencana banjir yang berlaku di Kelantan dan Terengganu sejak minggu lalu dijangka berlarutan bagi beberapa hari lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, air banjir yang melimpah memerlukan tempoh untuk surut atau mengalir ke hilir sungai dan seterusnya ke laut.

“Faktor banjir ketika ini adalah berpunca daripada luruan monsun berserta sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan menyebabkan hujan berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung.

“Walaupun hujan berterusan telah berhenti, tetapi keadaan banjir dijangka berlarutan untuk beberapa hari lagi kerana mengambil masa untuk surut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelas Muhammad Helmi, perkara ini bukanlah suatu yang luar biasa tetapi sangat jarang berlaku kerana kebiasannya cuaca lebih kering di penghujung monsun timur laut.


“Namun demikian, selagi negara masih berada di Monsun Timur Laut, perkara seperti ini sentiasa berpotensi untuk berlaku.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat banjir dengan melayari laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran,” ujarnya.

Sementara itu, menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lebih 21,000 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu direkodkan setakat pukul 4 tadi.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori