Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pembayaran Peringkat Akhir BR1M...

PUTRAJAYA - Pembayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadual pada...

Video: Solat Terawih Sambil...

JIKA anda masih ingat, media Indonesia beberapa tahun lalu pernah digemparkan dengan rakaman...

Video: Tayar Kereta Baru...

MEMILIKI kereta baharu atau aksesori kereta yang cantik memberi risiko kepada si pemilik...

Banjir: 190 Penduduk Di...

JOHOR BAHARU - Seramai 190 orang daripada 40 keluarga di lapan buah kampung...

Bekalan RTK Antigen Covid-19 Mencukupi

Kuala Terengganu : Kerajaan memberi jaminan bekalan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 mencukupi di seluruh negara termasuk di negeri yang merekodkan kes positif yang tinggi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, setakat ini, terdapat kira-kira 18 juta unit kit ujian untuk menampung keperluan rakyat dan tidak timbul isu kekurangan bekalan RTK di pasaran kerana pemeriksaan dijalankan mendapati ia mencukupi.

“Kita sentiasa memantau keberadaan RTK ini di pasaran dan bekalan memang ada cuma kita nampak (bekalan) RTK ini kurang di tempat yang menjual dengan harga murah.

“Kerajaan menetapkan harga borong dan runcit maksimum RTK ini masing-masing pada RM16 dan RM19.90 namun pemeriksaan kita mendapati ada yang menjual lebih murah daripada itu.


“Apabila ia dijual dengan harga murah di sesetengah premis, bekalan itu memang cepat habis namun bekalan kit ujian itu ada di kedai atau farmasi di kawasan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kampung Batu Hampar, Manir di sini, semalam.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori