Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

FIFA Puskas: Kejayaan Faiz...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak...

PRU15: Balasubramaniam Minta PAS...

JERANTUT : Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memohon pimpinan parti memberi laluan wakil...

Video: Bapa Hukum Anak...

SETIAP ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun demikian tidak semuanya...

“Datuk Seri” Palsu: MB...

IPOH - Kerajaan Negeri Perak menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat isu penganugerahan...

BERSATU Diminta ‘Jaga Tepi Kain Sendiri’

JOHOR BAHRU: UMNO meminta BERSATU supaya tidak mencampuri hal-ehwal parti itu dan menyifatkan kenyataan BERSATU bahawa UMNO berdepan kemelut dalaman sebagai tidak berasas.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata dakwaan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, kononnya berlaku kemelut dalaman pada parti terbesar negara itu, seolah-olah mahu mencampuri urusan parti lain.

“Bagaimana orang yang tidak berada dalam UMNO boleh begitu tahu mengenai hal dalaman UMNO dan begitu yakin mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Lebih baik dia cerita mengenai BERSATU sahaja, hal dalam UMNO dia sebenarnya tidak tahu. Lebih baik jaga tepi kain sendiri,” katanya pada Program Santai Penerangan UMNO Bersama Media, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Wan Saiful dalam satu kenyataan, mendakwa dalaman UMNO kini kucar-kacir serta ahli juga tidak yakin untuk membawa nama Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Mengulas mengenai persiapan Penerangan UMNO untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor pula, Shahril berkata, ia akan memfokuskan kepada keutamaan parti selain melihat garis panduan berkempen oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Macam di Melaka, kita sudah pelajari sesuatu dan untuk PRN kali ini, situasi sedikit berbeza. Sudah tentu kita akan fokuskan kepada penerangan mengenai isu semasa dan bagaimana untuk memenangi semula pengundi di atas pagar.

“Kita juga akan tunggu prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Walaupun SOP PRN Melaka agak ketat, BN tetap peroleh kemenangan, cuma kalau boleh memang kita mahu ada kelonggaran (berkempen) untuk kali ini,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori