Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Dewan Ulama PAS Kemuka...

KUALA TERENGGANU - Muktamar Dewan Ulama PAS ke-57 hari ini mengetengahkan usul agar...

Haha! Tersilap Taip, Gadis...

KITA faham kegembiraan sesetengah orang muda yang teruja untuk membayar kewajipan berzakat di...

Keharmonian Kaum Resipi Kejayaan...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa keharmonian...

Pantai Peranginan PD Dijangka...

SEREMBAN - Larangan aktiviti pantai di pusat peranginan Port Dickson akan ditarik balik...

‘BERSATU Tak Akan Tarik Sokongan Kepada Kerajaan’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan menarik sokongan kepada kerajaan kerana memikirkan kepentingan rakyat, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan, situasi semasa COVID-19 masih meruncing dan rakyat bergelut untuk membina semula kehidupan dan atas sebab itu, BERSATU tidak akan mengambil langkah yang sekadar mengutamakan tembolok parti sehingga sanggup menjejaskan rakyat.

“BERSATU fikir kepentingan rakyat dan negara, supaya rakyat tak terkorban disebabkan langkah bodoh kita dan hanya fikir kepentingan parti. Nanti rakyat akan cakap ‘apa yang cuba anda lakukan?’, pasal ‘push button’ (tekan butang), tarik sokongan ini, adakah wajar? Hanya untuk kepentingan saya atau parti tertentu saja?

“Kerana rakyat akan fikir apalah sikap ahli politik ini yang asyik fikirkan soal kuasa saja,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar (MPDP), Institut Masa Depan Malaysia (MASA).


Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan sama ada parti lain turut mengambil tindakan memberi jaminan tidak terbabit dalam rasuah.

“Seperti PRN Melaka, parti saya angkat sumpah untuk tolak rasuah, tetapi parti lain ada buat perkara sama?,” katanya sambil mengulangi pendiriannya terhadap pemimpin tertentu dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Sehubungan itu, katanya, pengundi di Johor wajar menggunakan mandat mereka untuk ‘membersihkan’ kepemimpinan negeri berkenaan pada PRN akan datang.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori