“Amanah itu DAP yang buat… Sekarang Muda ini pun DAP juga,” kata presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bengkek Syed Saddiq apabila Parti Ikatan Demokratik Malaysia yang ditubuhkannya didedahkan begitu.
Lalu ber-Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam lah Syed Saddiq sekali lagi.
Namun Syed Saddiq tidak membidas secara terus pendedahan Hadi tersebut sebaliknya ‘corner sana’, ‘corner sini’.
Sebenarnya dakwaan Hadi itu ada logiknya kerana Syed Saddiq diketahui amat rapat dengan DAP.
Setiap kata-katanya dipuji DAP. Meraikan krismas dan Tahun Baharu Cina pun bersama pemimpin DAP.
Taikun yang didakwa sebagai ‘funder’ Parti Ikatan Demokratik Malaysia juga pernah dikaitkan dengan DAP.
Maka ada kewajaran juga untuk pengundi muda Johor khususnya Melayu mengetahui perkara sebenar.
Tidak adil kepada pengundi Johor yang menolak DAP terpedaya mengundi DAP melalui parti Syed Saddiq.
Jika betul Parti Ikatan Demokratik Malaysia bukan ditaja DAP, Syed Saddiq wajar menyaman Hadi.
Seperti slogan selalu dilaungkan Syed Saddiq berani kerana benar, maka pamerkanlah keberanian jika benar.
-Mynewshub