Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Keahlian UMNO Idris, Nor...

MASJID TANAH - UMNO mengesahkan keahlian UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk...

Para Pemimpin Kerajaan Sendiri...

BETAPA buruknya ekonomi negara di bawah PH tidak perlu tunggu komen pembangkang… Tapi...

MAHA 2018: Iktiraf Wanita...

SERDANG - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018)...

4 Power Ranger Jadi...

SINGAPURA - Tular majlis perkahwinan Mohammed Ariffin Md. Mazlan dengan Siti Ruzainah Kamis...

China Didakwa Cuba Ambil Kesempatan Krisis Ukraine-Russia

SINGAPURA : Seorang jeneral Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa China berkemungkinan mengambil kesempatan terhadap krisis Ukraine dan melakukan sesuatu provokatif di Asia ketika kuasa Barat memberi tumpuan dalam meredakan ketegangan dengan Russia.

Ketua Tentera Udara Pasifik AS, Jeneral Kenneth Wilsbach, berkata China dilihat bersekutu dengan Russia dalam krisis berkenaan dan secara tidak langsung menimbulkan persoalan berhubung niat mereka di Asia.

“Dari sudut pandangan, adakah China melihat apa yang berlaku di Eropah dan cuba melakukan sesuatu di Indo-Pasifik. Ia benar-benar menimbulkan kebimbangan.

“Saya khuatir mereka akan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku dan ia tidak mengejutkan jika mereka cuba melakukan sesuatu yang bersifat provokasi untuk melihat reaksi komuniti antarabangsa,” katanya.

Wilsbach berkata, ketika Beijing menyatakan sokongan kepada Russia, beliau mengadakan perbincangan dengan kakitangannya serta ‘entiti’ lain berhubung implikasi yang bakal berlaku.

Berpangkalan di Hawaii, pasukan Wilsbach memainkan peranan penting jika konflik tercetus di rantau Pasifik.


Wilsbach mendakwa, apabila China melihat krisis yang berlaku, negara berkenaan mempertimbangkan sama ada ia adalah peluang untuk meraih keuntungan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan kemungkinan yang akan dilakukan China ketika krisis Ukraine tercetus.

Sejak beberapa tahun lalu, Beijing dipersalahkan kerana menimbulkan ketegangan di rantau berkenaan dengan memperkasakan kawalan ke atas pulau utama di Laut China Selatan.

Beijing turut menuntut hampir keseluruhan perairan berkenaan, namun tuntutan itu bertindih dengan Taiwan serta empat negara lain di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori