Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tahap Hutang Negara Mungkin...

KUALA LUMPUR - Tahap hutang negara berkemungkinan mencecah had berkanun 55 peratus pada...

Peluru Tembus Tengkorak Gajah...

KOTA KINABALU - Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bangkai gajah pigmi yang ditemukan...

UIM Tubuh Pusat Bagi...

CYBERJAYA - Universiti Islam Malaysia (UIM) mewujudkan Pusat bagi Pengajian Wanita bagi memenuhi...

Pemimpin Pakatan Harapan Mahu...

KUALA LUMPUR - PAS Selangor mendedahkan terdapat pemimpin Pakatan Harapan mahu Parti Amanah...

COVID-19: 5,566 Kes Baharu, 13 Lagi Kematian

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 5,566 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,876,324.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 13 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,978 kematian.

Setakat ini, 113 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 59 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 3,187 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,787,190.


Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 99.1 peratus atau 5,515 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.

Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 0.9 peratus atau bersamaan 51 kes.

Dalam pada itu, tujuh kluster baharu turut dikesan dengan 318 kluster masih lagi aktif sementara 6,116 kluster telah diisytiharkan tamat.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori