Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jangan Pandang Remeh Perubahan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fenomena perubahan iklim...

Kesusahan Dorong 2 Pemuda...

SERDANG - Kesusahan keluarga dan semangat daripada ibu bapa mendorong seorang pemuda kurang...

Beg Jurufoto Cetuskan Panik

KUALA LUMPUR - Sebuah beg yang ditinggalkan di luar ballroom sebuah hotel malam...

Tak Adil Tekan Harimau...

PUTRAJAYA - Khairy Jamaluddin Abu Bakar beranggapan adalah tidak adil untuk memberi tekanan...

COVID-19: Pakar Syor PKP Sementara Secara Berstrata Menurut Kumpulan Berisiko

: Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.

Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, sekiranya tidak dikawal kemungkinan besar negara akan menyaksikan peningkatan kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, kes positif COVID-19 yang membabitkan ibu mengandung, kanak-kanak dan warga emas semakin meningkat dengan penularan varian Omicron.

“Mestipun syor ini tidak begitu digemari, namun saya berpendapat kerajaan perlu melaksanakan PKP sementara bagi strata-strata berisiko ini dengan tujuan mengawal pintu masuk negara dalam memperlahankan ledakan ini.

“Kalau terlalu ramai yang masuk, saya tidak menolak akan berlaku juga peningkatan kemasukan ke hospital, dan saya bimbang akan berlaku satu keadaan di mana sistem kesihatan kita tidak mampu untuk mengawal nanti,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.


Melihat pada pola jangkitan, Dr Malina menjangkakan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 akan terus meningkat sehingga mencecah 250,000 kes dalam tempoh dua minggu.

Ditanya mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di berapa negara luar termasuk pemansuhan pelitup muka dan sebagainya, beliau berkata, Malaysia tidak boleh terlalu mengikut model negara-negara luar kerana kapasiti dan sistem kesihatan setiap negara adalah berbeza.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori