Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pokok Tumbang Disebabkan Pereputan...

KUALA LUMPUR - Pokok yang tumbang di Jalan Ampang pagi tadi adalah disebabkan...

“Semua Pihak Perlu Ambil...

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita pelakon kelahiran Singapura, Nadiyah Shahab yang dilarang...

Covid-19: Majoriti Negeri Catat...

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,024 kes berbanding...

Jangan ‘Bunuh’ Rayani Air...

PIHAK Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) digesa memberi peluang kedua kepada Rayani Air atau...

Dakwaan Kanak-Kanak Diculik Untuk Jual Organ Adalah Palsu

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada sebarang laporan polis berhubung kes penculikan dan penjualan organ manusia yang tular di media sosial.

Superintenden Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Superintenden Skandaguru Anandan berkata, pihaknya mengesan penyebaran mesej palsu yang memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar berwaspada berkaitan sindiket penculikan menyasarkan kanak-kanak berusia bawah 15 tahun.

Menurut beliau, kegiatan sindiket itu untuk mendapatkan organ-organ tertentu untuk dijual sindiket penculikan tersebut yang didakwa menggunakan kereta Proton Wira dan van berwarna putih.

“Malah, mesej itu turu menyenaraikan harga bagi organ-organ yang dijual seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan mata selain mendakwa amaran itu dikeluarkan daripada Gerakan IPK Bukit Aman.

“PDRM mengesahkan tiada laporan polis berkaitan kes penculikan dan penjualan organ manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Skandaguru, pihaknya mendapati mesej itu telah tular sejak tahun 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.


Jelasnya, tiada sebarang amaran pernah dikeluarkan PDRM.

“Orang ramai dinasihat tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan berkongsi atau menyebar berita sedemikian akan menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat,” ujar beliau.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori