Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Enam Mangsa Baharu Banjir...

KUANTAN - Tiada penambahan mangsa banjir baharu di Pahang selepas enam sekeluarga dari...

Mangsa Banjir Kilat Di...

ALOR SETAR - Seramai 550 mangsa daripada 167 keluarga di tiga daerah di...

Muhammad Ali Tak Mahu...

LOUISVILLE (Amerika Syarikat) - Legenda tinju, Muhammad Ali dijangka akan dibenarkan keluar dari...

Kos Sara Hidup Fokus...

KUALA LUMPUR - Kenaikan kos sara hidup terus menjadi fokus para pembahas ucapan...

Dakwaan Pegawai, Anggota PDRM Terbabit Sindiket Jenayah Berasas – EAIC

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan wujud asas bahawa terdapat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam kegiatan sindiket jenayah.

Pengerusi EAIC, Tan Sri Sidek Hasan berkata, dapatan itu berdasarkan siasatan yang sudah dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM sendiri ke atas pegawai dan anggota tertentu.

Bagaimanapun beliau berkata, berdasarkan keterangan saksi berserta dokumen diperoleh EAIC, pihaknya tidak dapat menentusahkan kewujudan kartel dalam PDRM, sebagaimana pernah didakwa bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Dakwaan Abdul Hamid bahawa pegawai-pegawai terbabit dapat mencaturkan perjawatan dalam PDRM untuk menguasai pasukan demi kepentingan peribadi juga tidak dapat ditentusahkan.

“(Ini selepas) keterangan diperoleh EAIC menunjukkan mekanisme pelantikan atau kenaikan pangkat atau pertukaran yang diamalkan PDRM dan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), membabitkan proses yang teliti dan mempunyai beberapa peringkat lapisan yang sukar ditembusi dan dicampur tangan pihak luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, KPN juga adalah ahli tetap dalam SPP dan sebarang cadangan pelantikan, kenaikan pangkat atau pertukaran pegawai kanan PDRM kepada SPP, perlu mendapat persetujuan KPN.

“Dan kedudukan Abdul Hamid selaku KPN tidak dapat digugat kerana pelantikan KPN adalah berdasarkan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dan atas nasihat Perdana Menteri,” katanya.


Sidek juga memaklumkan, hasil dapatan siasatan dan keputusan EAIC itu sudah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara.

Siasatan EAIC itu dibuat susulan pendedahan Abdul Hamid pada 18 Mac dan 22 Mac tahun lalu, mengenai wujudnya gerakan daripada sekumpulan pegawai PDRM yang ingin menjatuhkan beliau serta bersekongkol dengan pihak luar, sehingga mewujudkan kartel untuk mendominasi PDRM demi kepentingan mereka.

Dalam pendedahan itu, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan senarai nama anggota dan pegawai yang didakwa mewujudkan kartel bagi menguasai jawatan penting selain menjatuhkan pegawai atasan berikutan situasinya masih terkawal.

Abdul Hamid, 62, dilantik Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.

Kini, tugas Abdul Hamid diambil alih Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai KPN baharu berkuat kuasa 4 Mei tahun lalu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori