Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Serangan Terburuk Di Gaza...

ZIONIS Israel melakukan serangan terburuk ke atas Hamas di Gaza sejak pertempuran terakhir...

4.2 Juta Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Seramai 4.2 juta penduduk di negara ini yang berusia 21 tahun ke...

Raja Salman Benarkan Wanita...

RIYADH/WASHINGTON - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz semalam mengarahkan supaya wanita dibenarkan...

RUU Antiberita Tidak Benar...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah...

‘Desak Naik Gaji Minimum Bukan Langkah Tepat’

GEORGETOWN – Tindakan mendesak kerajaan menaikkan gaji minimum bukan satu langkah tepat berikutan akan mengakibatkan berlaku masalah inflasi yang lebih meruncing di negara ini.

Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh berkata, sekiranya gaji ditingkatkan, ia akan meningkatkan harga barangan sekali gus menyebabkan kos kehidupan yang tinggi.

“Cadangan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 pada tahun ini dikhuatiri akan mengakibatkan berlaku masalah inflasi yang lebih meruncing. Ini kerana, mengikut Bank Negara Malaysia (BNM), Indeks Harga Pengguna Malaysia telah meningkat 3.2 peratus pada suku keempat tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

“Bagi 2021, inflasi purata ialah 2.5 peratus berbanding deflasi sebanyak 1.2 peratus pada 2020, jadi kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 akan menyebabkan berlaku masalah inflasi yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, gaji yang lebih tingi hanya akan memacu harga barangan menjadi lebih tinggi.

“Gaji yang tinggi akan menyebabkan berlaku lonjakan kos sebenar, berpunca daripada keadaan yang tidak sekata dalam penawaran dan permintaan. Sehubungan itu, majikan perlu mencari jalan penyelesaian untuk membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat kepada pekerja mereka.

“Ada beberapa perkara yang dilihat boleh diambil oleh majikan antaranya menawarkan subsidi makanan kepada kakitangan yang bekerja dari rumah. Ini kerana bekerja dari rumah menjimatkan kos penggunaan pejabat seperti elektrik dan air,” katanya.

Baljit berkata, campur tangan dari pihak BNM dan Kementerian Kewangan dilihat amat perlu untuk memastikan kos produk dan perkhidmatan dapat diturunkan dengan segera.


“Syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga tidak seharusnya mempertimbangkan kadar kenaikan harga buat masa ini sehingga kadar inflasi dikawal.

“Ini kerana, ia akan menambah lagi beban kepada rakyat yang sedia terbeban,” katanya.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 sekarang dan tidak menunggu sehingga akhir tahun 2022.

MTUC berkata, kerajaan sepatutnya membuat semakan selaras dengan Akta Gaji Minima yang mengkehendaki kajian perlu dibuat atas gaji minimum.

Bagaimanapun, ketika ini, Majlis Perundingan Gaji Negara dalam proses penyediaan Kertas Jemaah Menteri untuk mengemukakan syor berhubung kadar gaji minimum kepada Kabinet berdasarkan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2020.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori