Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Kanak-Kanak Tanpa Sijil...

KOTA KINABALU – Gesaan Sarawak supaya kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri...

Konvoi Bantuan Sampai Di...

DAMSYIK - Konvoi bantuan tiba untuk menyampaikan makanan, perubatan dan bekalan lain yang dinantikan sekian...

RCI Wang Kelian: 3...

PUTRAJAYA - Tiga lagi kem besar penempatan manusia berjaya ditemukan polis susulan berita...

‘Great Sphinx Of Giza’...

CHINA terpaksa merobohkan replika Great Sphinx of Giza selepas menerima aduan daripada kerajaan...

Enjin Kereta Api Ekspres Terbakar, 180 Penumpang Terkandas

PASIR MAS – Kira-kira 180 penumpang kereta api ekspres dari Tumpat ke Johor Bahru berdepan detik cemas apabila bahagian enjin kereta api itu terbakar di Kampung Anok Machang, Sungai Keladi di sini pada Selasa.

Kejadian jam 9.44 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Sapawi Setapa berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati bahagian enjin keret api yang membawa 13 gerabak penumpang itu terbakar.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.11 tengah malam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.


Beliau berkata, operasi pemadaman dan menyelamat itu turut dibantu oleh anggota bomba sukarela Rong Chenok dan anggota polis daripada Balai Polis Tok Uban.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori