Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tragis, Muka Budak ‘Hancur’...

GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak Orang Asli berusia sembilan tahun nyaris maut selepas...

Debat ‘Live’ Arul Kanda-Pua...

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia mengadakan siaran langsung debat mengenai...

Ieda Moin Serik, Tertutup...

PELAKON dan pelawak, Eida Moin melahirkan perasaan seriknya untuk mendirikan rumah tangga selepas...

Beri Donat Juadah Berbuka...

PASIR GUDANG: Wanita yang disyaki mengelar bayinya sehingga mati, semalam, sempat berkunjung bersama...

Finland Bakal Tutup Ruang Udara Untuk Pesawat Rusia

HELSINKI: Finland akan menutup ruang udara untuk laluan penerbangan pesawat Rusia di negara itu.

Finland menyertai negara Eropah lain dalam melaksanakan sekatan terhadap Rusia disebabkan pencerobohan ke atas Ukraine.

Menteri Pengangkutan, Timo Harakka menerusi ciapan memaklumkan Finland sedang bersiap sedia untuk menutup ruang udaranya kepada pesawat Rusia.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila langkah itu akan berkuat kuasa.

Dilaporkan, Finland berkongsi kawasan sempadan seluas 1,300 kilometer (km) dengan Rusia.

Setakat ini, beberapa negara antaranya Bulgaria, Republik Czech, Estonia, Jerman dan Poland sudah menutup ruang udara kepada penerbangan Rusia.


Langkah itu secara tidak langsung menyebabkan pesawat Rusia yang menuju ke arah barat, terpaksa membuat lencongan besar.

Moscow menutup ruang udara kepada penerbangan dari negara berkenaan sebagai tindakan balas susulan sekatan tersebut.

Sementara itu, Finland dijangka meluluskan penghantaran konsainan yang membawa jaket kalis peluru, topi keselamatan dan peralatan hospital ke Ukraine.

Helsinki juga meluluskan penghantaran kontena membawa kira-kira 40 unit artileri ke Ukraine.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori