Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

UMNO Johor Tanding 17...

PONTIAN: UMNO Johor akan bertanding di 17 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum...

Tayar Kenderaan, Jalan Raya...

CANBERRA - Australia kini berdepan dengan gelombang panas yang merekodkan suhu tertinggi dalam...

Isteri Robbie Wiliam Didakwa...

Penyanyi Robbie Williams kini dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan bekas pembantu peribadinya, Gilles...

Belia Perlu Rebut Peluang,...

TAWAU - Golongan belia dinasihat merebut peluang disediakan kerajaan dan mengurangkan sikap merungut...

Gegaran Turut Dirasai Di Negeri Sembilan

SEREMBAN : Gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia turut dirasai gegarannya di Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah.

Susulan kejadian tersebut, orang ramai di beberapa premis bangunan diarah keluar untuk menyelamatkan diri masing-masing sebagai langkah keselamatan.

Seorang kakitangan awam yang bertugas di Wisma Negeri, Seremban, Izzuan Abdul Razak, 34, berkata, gegaran dirasainya sekitar pukul 9.45 pagi dan berlaku dalam tempoh lima saat.

“Ketika itu saya sedang mengikuti mesyuarat secara dalam talian di pejabat, kemudian meja bergoyang dan terasa gegaran.

“Selepas itu, kesemua rakan memaklumkan rasa perkara yang sama. Kemudian kami telah diminta turun ke tingkat bawah sebagai prosedur keselamatan,” katanya.

Menurutnya, kira-kira pukul 10.24 pagi, pihak bomba memaklumkan keadaan selamat dan semua kakitangan dibenarkan untuk memasuki semula bangunan Wisma Negeri.

Gegaran yang sama turut dirasai orang ramai yang berada di Wisma Persekutuan, Menara MAINS dan Kompleks PKNNS dan di Pejabat Daerah dan Tanah, Port Dickson.

Seorang petugas di Kompleks PKNNS di Seremban 2, Norzita Ismail, 45 berkata, ketika kejadian dia sedang menulis di pejabat dan mula berasa mejanya bergoyang.

“Dalam tempoh 30 saat saya rasakan gegaran itu dan memaklumkan pihak pengurusan mengenai gegaran ini. Pihak keselamatan telah mengarahkan semua pekerja di bangunan ini untuk keluar.


“Ini pertama kali gegaran berlaku di pejabat kami dan saya lihat di media sosial dan ramai yang memaklumkan turut berasa kejadian gegaran ini,” katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah, Port Dickson, Norhaidah Md. Esa, 40, berkata, dia menyedari mengenai kejadian apabila melihat air mineral yang terdapat di atas meja kerjanya bergegar.

“Rasa gegar sebab masa itu kumpulan WhatsApp di Putrajaya sudah maklum ada rumah bergoyang. Saya juga mula risau sebab ada anak-anak di rumah.

“Tidak sampai beberapa saat saya turut rasai gegaran tersebut sehinggakan air mineral atas meja saya bergegar dan saya juga mula rasa pening,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Zamhuri Zainnordin memaklumkan, pihaknya menerima laporan berlaku gegaran dan telah menjalankan pemeriksaan struktur di beberapa bangunan di negeri ini.

Menurut beliau, antaranya, Wisma Persekutuan, Wisma Negeri, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Bangunan Zurich Insurans, Hospital KPJ, Akademi Imigresen Telok Kemang dan Sekolah Kebangsaan Senaling di Kuala Pilah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pagi ini memaklumkan gegaran berpunca daripada gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 yang berlaku di Sumatera, Indonesia, 76 kilometer barat laut dari Payakumbuh, Indonesia.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori