Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Kesantunan Jemaah Malaysia Jadi...

MAKKAH - Kesantunan jemaah Malaysia menjadi pujian pemilik Hotel Land Premium, yang dijadikan...

‘Tumpah Darah’ Di Madinah,...

MENERUSI satu perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram pagi tadi, pelakon dan penyanyi Abby...

Dikepung ‘Gengster’, Syed Saddiq...

JOHOR BAHRU - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa...

Anggota Bomba Pujuk Dua...

CHANGLUN (Kedah) - Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan dua beradik lelaki...

Gunung Anak Krakatau Meletus Sembilan Kali

SUMATERA : Gunung Anak Krakatau di Kabupaten Lampung Selatan meletus sebanyak sembilan kali sejak semalam.

Lapor Kompas.com, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) berkata, letusan berlaku antara pukul 9.43 pagi hingga 5.07 petang dengan kepulan debu panas berwarna kelabu hitam setinggi 800 hingga 1,000 meter di atas puncak gunung.

Berdasarkan pemantauan visual oleh PVMBG, terdapat petunjuk letusan yang berlaku adalah daripada jenis magmatik, selaras dengan rekod gempa bumi gunung berapi.

Data pemantauan visual dan instrumental menunjukkan Gunung Anak Krakatau masih berpotensi meletus dan ditetapkan pada tahap dua, waspada.

“Potensi bahaya daripada aktiviti semasa Gunung Anak Krakatau boleh menyebabkan lava pijar, bahan piroklastik dan aliran lava.


“Hujan abu yang lebat berpotensi di sekitar kawah dalam radius dua kilometer dari kawah aktif,” katanya.

Susulan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak mendekati jarak tersebut.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori