Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Perlu Siap Sedia...

KUALA LUMPUR - Polis perlu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mengawal...

VTL Darat Malaysia-Singapura Tidak...

JOHOR BAHRU: Tiada gambaran pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan...

Takziah: Baby Sudah Cukup...

TAKZIAH kami ucapkan kepada pelakon Abby Abadi yang mengalami keguguran bayi lima bulan...

Filem Tempatan Perlu Masa...

MUAR - Kejayaan beberapa pembikin filem tempatan mencapai tahap jualan 'Box Office' di...

Hadkan Penjualan Kit Ujian COVID-19, Elak Peranti Palsu

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan mengehadkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 dengan hanya di farmasi dan kedai runcit yang sah sahaja bagi memudahkan pemantauan Pihak Berkuasa Peralatan Perubatan (MDA).

Presiden CAP Mohideen, Abdul Kader, berkata penularan dan peningkatan kes COVID-19 menyebabkan permintaan kit ujian kendiri melonjak namun pengguna mengalami kesukaran untuk mengenal pasti kesahihan kit ujian itu.

Beliau berkata, pemintaan tinggi kit ujian COVID-19 mendorong sesetengah pihak menjual kit ujian palsu atau tidak diluluskan MDA.

“Menerusi tinjauan, CAP mendapati kit ujian kendiri COVID-19 mudah didapati di farmasi, pasar raya, kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak.

“Berikutan penjualan meluas itu, kami ingin tahu sama ada ia dibenarkan oleh MDA atau sebaliknya,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohideen berkata, walaupun MDA mengenal pasti senarai sebanyak 12 syarikat dan produk mereka yang sudah diluluskan, kaedah itu menyusahkan pengguna bagi mengesahkannya di tempat pembelian.


Katanya, terdapat juga kebimbangan bahawa orang yang tidak bertanggungjawab mungkin menjual kit ujian kendiri COVID-19 palsu atau tidak diluluskan secara dalam talian.

“Bagi memudahkan pengguna mengenal pasti peralatan diluluskan oleh MDA, CAP mencadangkan ciptaan logo umum digabungkan dengan kod QR yang mudah dikenali pengguna dan sekiranya mereka (pengguna) mahu, mereka boleh mengimbas kod QR itu bagi mendapatkan butir-butir produk berkenaan,” katanya.

Tambahnya, sistem semasa yang membawa nombor siri MDA tidak begitu membantu kerana ia mengambil masa untuk memeriksa bungkusan berbanding dengan logo jelas dapat dilihat.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori