Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Dipandang Tinggi...

ASHGABAT - Kelebihan rakyat Malaysia yang bekerja di negara asing sebagai ahli profesional...

MARA Sasar Lahir 40,000...

KANGAR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan untuk melahirkan 40,000 usahawan baharu dalam...

Kenyataan PM ‘Kaki Gaduh’...

JEMPOL - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan...

Harus Menyambut Aidilfitri, Tetapi...

UMAT Islam harus menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi mereka boleh menangguhkan perayaannya, kata Menteri...

Harga Ayam Di Selangor Dijual RM8 Sekilogram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8 sekilogram di semua premis jualan di bawah seliaan agensi itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai permulaan sebanyak 50,000 ekor ayam standard akan diperuntukan bagi tempoh dua minggu bermula Isnin ini.

Ia melibatkan dua premis jualan utama iaitu di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dan Wisma PKPS di sini.

Katanya lagi, inisiatif tersebut dilaksanakan menerusi Program Intervensi Harga Makanan Ehsan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi mengawal peningkatan harga makanan di Selangor.

“Apa yang kita akan lakukan ialah penjual-penjual di outlet bawah PKPS ini kita tawarkan jual ayam dengan harga RM8 dan kos itu ditanggung semua oleh PKPS melalui dana RM1 juta yang diperuntukan dengan mengurangkan sewa-sewa tapak.

“Secara tidak langsung mereka dapat berniaga dengan keuntungan masih dikekalkan tetapi pembeli-pembeli juga dapat harga lebih munasabah berbanding harga ayam yang melonjak naik dan membebankan.

“Selepas ini kita akan turut memanjangkan program ini ke lokaliti-lokaliti seperti DUN-DUN (Dewan Undangan Negeri) tertentu yang memerlukan program ini berdasarkan jadual-jadual yang akan disusun,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas jualan ayam murah di Wisma PKPS pada Sabtu.

Katanya, melalui inisiatif tersebut setiap pelanggan dihadkan untuk pembelian dua ekor ayam sahaja, di mana PKPS mampu menyediakan sehingga 540,000 ekor ayam dalam tempoh tiga bulan.


Amirudin turut memberi jaminan bahawa bekalan ayam di Selangor akan mencukupi sehingga musim perayaan.

“Insya-Allah saya yakin dengan apa yang dilakukan kita cukup, cuma kita nak tengok supaya harganya tidak melambung naik dan membebankan rakyat,” ujarnya lagi.

Selain daripada ayam, Amirudin berkata penjualan murah bagi telur gred berkualiti juga akan dijalankan dengan menggunakan kaedah kawalan harga yang sama.

Setakat ini, ujarnya, bekalan telur di negeri itu berada pada tahap yang mencukupi.

Bagaimanapun, tegas Amirudin, langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bukan bertujuan untuk mengganggu pasaran.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori