Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas...

JOHOR BAHARU - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah tenggelam ke dalam laut...

Nancy: PM Belum Tetap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak belum menetapkan tarikh...

PAR Johor Telus Melindungi...

KLUANG - Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor sentiasa bertindak dengan cekap dan telus...

PRK Semenyih: Hari Penamaan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh 16 Februari iaitu Sabtu...

Harga Dedak Ayam Naik Melambung Lagi

SEGAMAT – Isu harga ayam dan telur ayam masih belum reda, timbul pula isu harga dedak ayam yang kembali melambung tinggi sejak akhir-akhir ini.

Seorang penternak, Yaacob Isam, 64, berkata, dia yang sudah lebih lima tahun menternak ayam merasa terkesan dengan kenaikan harga makanan ruji haiwan ternakannya itu.

“Isu harga dedak naik ini bukanlah isu baharu. Sejak wabak Covid-19 melanda negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dari tahun 2020, harga dedak tidak menentu dan sentiasa naik.

“Bila kita tanya penjual dedak ini, mereka kata dedak diimport dari negara luar. Bila PKP, banyak stok tidak dapat masuk negara kita. Jadi kos import membuatkan harganya mahal.

“Dulu seguni dedak 50 kilogram (kg) berharga RM98. Sekarang, seguni berharga RM144. Naik dalam 40 hingga 50 peratus,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sulir di sini semalam.

Menurut Yaacob yang menternak ayam kampung itu, dia juga terpaksa menaikkan harga ayam tersebut sebanyak RM2 iaitu RM19 sekilogram berban­ding RM17 sekilogram sebelum ini.

Di samping itu, dia juga me­ngakui terpaksa mencatu pemberian dedak ini kepada ayam ternakannya kerana tidak mampu menanggung kos dedak yang terlalu tinggi.


“Sebelum PKP, saya mem­bela 2,000 ekor ayam. Saya akan menggunakan dua kampit dedak setiap hari untuk diberi makan kepada ayam ternakan.

“Namun sekarang tinggal 800 ekor ke 1,000 ekor ayam sahaja yang mampu saya bela. Saya ha­nya mampu guna setengah atau satu kampit beg dedak sahaja. Permintaan terhadap ayam kampung juga

berkurangan kebelakangan ini.

“Apabila terpaksa catu dedak ayam ini, tumbesaran ayam juga lambat. Jadi saya memang me­ngalami kerugian dari segi modal pembelian dedak ayam dan tempoh matang jualan ayam ini,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu bertindak segera dengan mengambil alih penjualan dan pengedaran makanan ternakan ini bagi mengawal harga silingnya yang tidak menentu bagi elak kekurangan ayam nanti.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori