Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Pukul Mak Labah-Labah,...

Seorang lelaki di Selatan Australia bertindak memukul seekor spesis labah-labah serigala dengan sebatang...

KJ Anggap Rafizi Paling...

Kejayaan Rafizi Ramli memenangi jawatan timbalan presiden PKR bukan saja dialu-alukan oleh penyokongnya,...

Fasih Bahasa Tamil, Anak...

ANAK kepada pelakon Azad Jasmin iaitu Ammara Sofea Rose mencuri perhatian ramai selepas...

Bukan Mahu Menentang Kaum,...

KUALA LUMPUR - Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menegaskan persidangan...

Harga Diesel Nelayan C2 Naik RM3 Seliter

KUANTAN : Tidak pernah berlaku dalam sejarah harga minyak diesel untuk nelayan C2 dijual pada harga RM3 seliter.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, wakil nelayan C2 negeri ini, Tengku Adnan Tengku Husin berkata, sepanjang 45 tahun menjadi nelayan, ini kali pertama minyak diesel dijual pada harga tersebut.

“Memang satu sejarah, sebelum ini kami (nelayan C2) perlu membeli diesel dengan harga RM2.70 seliter, kini RM3 pula.

“Sebulan kami perlu isi kira-kira 30,000 liter diesel untuk sebuah bot, jadi dengan harga RM3 seliter kami perlu belanja RM90,000 sebulan hanya untuk isi minyak.

“Itu belum ambil kira kos penyelenggaraan bot dan membaiki pukat yang rosak kira-kira RM300,000 kerana dua tahun tidak ke laut akibat Covid-19. Adakah ini cubaan untuk kerajaan membunuh kami nelayan C2 khusunya bumiputera?,” soalnya di sini semalam.

Untuk sebuah bot nelayan C2, isian penuh tangki kebiasaannya 3,000 liter minyak.

C2 adalah bot paling besar dalam semua kelas yang ada dan pemegang lesennya dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah melaporkan bahawa nelayan C2 sanggup ‘turun pangkat’ ke kelas C demi memastikan mereka memperoleh diesel bersubsidi berharga RM1.65 seliter.


Difahamkan, walaupun tindakan turun kelas itu suatu kesalahan, namun ia didakwa tetap berlaku ekoran harga diesel industri yang terlalu mahal.

Sumber memaklumkan, untuk naik pangkat ataupun naik kelas, ia dibenarkan mengikut peraturan tetapi ‘turun pangkat’, mengikut peraturan ia tidak dibenarkan, namun tetap berlaku.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, nelayan C2 terus dianaktirikan kerana sejak empat tahun lalu tidak menerima bantuan seperti elaun sara hidup, insentif hasil tangkapan bagi setiap kilogram ikan seperti mana diterima nelayan lain.

“Harga diesel berterusan mengalami kenaikan, saya percaya bebanan ketika ini bukan saja ditanggung oleh nelayan C2 di Pahang, malah seluruh negara,” katanya.

Beliau dalam pada itu meminta kerajaan supaya mengkaji semula pemberian subsidi minyak kepada nelayan C2 yang ketika ini cukup terbeban ekoran kenaikan harga bahan bakar tersebut.

“Kerajaan juga diminta menilai semula pemberian elaun sara hidup dan insentif hasil tangkapan seperti mana pernah diberikan sebelum ini,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori