Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM Pakistan Diberi Sambutan...

SEPANG - Malaysia memberi sambutan permaidani merah kepada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan...

Tingkatkan Patriotisme Dan Pelihara...

LABUAN – Sambutan Hari Malaysia tidak harus hanya untuk bergembira tetapi hendaklah difokuskan...

Honda Malaysia Sasar Jual...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia melancarkan model baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak,...

Fahaman Syiah Masih Terkawal...

KUALA LUMPUR - Aktiviti penyebaran ajaran sesat, fahaman Syiah di negara ini masih...

Harga Kacang Soya Naik, Pengeluar Tauhu, Tempe Di Pulau Jawa Mogok

JAKARTA – Mogok pengusaha tauhu dan tempe di Pulau Jawa yang membantah kenaikan harga kacang soya memasuki hari kedua pada Selasa.

Pengerusi Persatuan Koperasi Pengeluar Tauhu dan Tempe Indonesia, Aip Syarifuddin berkata, harga itu kini didagangkan pada 11,000 rupiah Indonesia sekilogram berbanding 9,000 rupiah Indonesia pada Disember tahun lalu.

Aip yang dipetik media dalam talian sebagai berkata, harga itu naik hampir setiap hari.

“Ahli kami mahu kerajaan campur tangan dan menstabilkan harganya untuk tiga bulan atau sekurang-kurangnya sebulan,” katanya.

Mereka telah berusaha meneruskan pengeluaran, tetapi tetap gagal memperoleh keuntungan meskipun saiz tempe dikurangkan kepada antara 20 sentimeter dan 40 sentimeter untuk mengimbangi kenaikan harga kacang soya.


Tauhu dan tempe adalah sumber protein yang berpatutan dan makanan ruji untuk populasi besar di Pulau Jawa.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Indonesia berkata harga makanan berasaskan soya akan meningkat dalam beberapa bulan akan datang, sejajar dengan harga global berikutan pengeluaran rendah Brazil sebanyak 125 juta tan metrik pada Januari, daripada anggaran 140 juta tan metrik.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori