Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Berita Tular Ketua Polis...

IPOH - Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi masih berada dalam...

Lelaki Siput Kendong`Rumah’ Selama...

China – Lelaki siput. Itu gelaran diberikan kepada Liu Lingchao yang membawa `rumah’...

Akur Desakan Rakyat, PM...

COLOMBO: Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa meletak jawatan hari ini selepas puluhan...

Proton Akan Buka Tempahan...

SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd (Proton) akan mula membuka tempahan bagi model...

Hong Kong Pertimbang Laksana Sekatan Pergerakan COVID-19

HONG KONG: Pihak berkuasa hari ini memberi isyarat Hong Kong mungkin mengenakan sekatan pergerakan ketat gaya China susulan ancaman COVID-19 semakin serius sehingga mayat mula bertimbun di hospital.

Strategi mengurung orang di rumah sehingga mencapai status sifar COVID-19 itu hanya dilaksanakan pada puncak pandemik sebelum ini apabila keadaan benar-benar terdesak.

Pelaksanaan dasar sifar-COVID-19 yang ketat selama dua tahun meredakan sebahagian besar varian asal virus itu.

Bagaimanapun, kini ancaman varian Omicron yang sangat mudah berjangkit menyebabkan pihak berkuasa kurang bersedia dalam menghadapinya dan mungkin terpaksa kembali kepada sekatan pergerakan.

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, sebelum ini menolak sekatan pergerakan di seluruh bandar, sebaliknya mengarahkan semua 7.4 juta penduduk menjalani ujian coronavirus.

Namun, Setiausaha Kesihatan, Sophia Chan, hari ini mengesahkan sekatan pergerakan masih tetap menjadi salah satu pilihan.

Ketika ditanya penyampai di Radio Komersial sama ada sekatan pergerakan sudah ditolak, beliau menjawab: “Tidak, kami masih berbincang mengenainya.”

“Melalui perspektif kesihatan awam, bagi mendapatkan kesan terbaik, kita perlu mengurangkan pergerakan menerusi pendekatan penduduk perlu berada di rumah atau mengelak daripada keluar, jika tak perlu,” katanya.

Pengumuman itu menambah ketidakpastian dan kebimbangan dalam kalangan rakyat serta dan perniagaan di bandar dicengkam huru-hara pada permulaan pandemik.


Hong Kong mencatatkan 26,000 jangkitan baharu dan 83 kematian semalam sedangkan sebelum ini hanya merekodkan purata 12,000 kes sejak permulaan pandemik.

Hospital sudah mencapai kapasiti maksimum sejak beberapa minggu lalu dan pegawai semalam mendedahkan mayat mula bertimbun di hospital kerana bilik mayat sudah penuh.

Ketua pengurus Pihak Berkuasa Hospital Lau Ka-hin, berkata pihaknya ketika ini berdepan masalah untuk memindahkan mayat dari hospital ke rumah mayat awam.

“Sebab itu, ada beberapa mayat masih di hospital walaupun pada awalnya dirancang untuk dibawa ke rumah mayat awam,” katanya.

Kadar kematian COVID-19 purata tujuh hari di Hong Kong kini ialah sekitar lapan dalam setiap sejuta penduduk berbanding lima kematian di Amerika Syarikat (AS), Britain (1.8) dan 1.36 di Singapura.

Semalam, pihak berkuasa Hong Kong mendedahkan 91 peratus yang maut akbiat coronavirus dalam gelombang terkini tidak divaksinasi sepenuhnya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori