Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 360,000 Guna Bas...

KUALA LUMPUR - Jumlah purata pengguna bas RapidKL bagi tempoh Januari hingga September...

Alliance Bank Sedia Pilihan...

KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd memperkenalkan pilihan pembiayaan patuh Syariah baharu melalui...

Bekas Tapak Pelupusan Sampah...

SEREMBAN - Bekas tapak pelupusan sampah di Kampung Wong Sin Chow, Sikamat dekat...

Harga Semua Jenis Minyak...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Hujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Kubang Kerian, Lundang

KOTA BHARU : Beberapa kawasan sekitar Kubang Kerian dan Lundang, di sini, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Antara menerima kesan, Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 1 yang turut dinaiki air sehingga 0.2 meter, memaksa guru mengharungi air untuk masuk ke kelas masing-masing.

Keadaan banjir kilat ini juga tular di aplikasi WhatsApp apabila penduduk meminta pihak berkuasa memantau dan menyelesaikan masalah longkang yang didakwa tersumbat, sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa lokasi di Kota Bharu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, mengakui keadaan longkang yang tidak dapat menampung jumlah air yang banyak antara punca berlakunya banjir kilat itu.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menerima laporan mengenai banjir itu daripada penduduk memandangkan paras air tidak terlalu tinggi dan biasanya ia akan surut sebaik hujan berhenti.

“Namun, pihak kami sentiasa membuat pemantauan berikutan keadaan hujan berterusan dan menasihatkan penduduk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.


“Jika lokasi kediaman mereka dinaiki air, kita minta penduduk membuat laporan kepada pihak berkuasa atau berpindah ke lokasi yang lebih tinggi dan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian banjir di negeri ini termasuk dari daerah Jeli dan Kuala Krai.

“Pihak kita sentiasa bersiap siaga untuk membantu penduduk dan akan terus membuat pemantauan di semua lokasi yang mudah dinaiki air,” katanya.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan semua paras air sungai utama di Kelantan masih di bawah tahap normal.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori