Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

AADK Pergiat Usaha Perangi...

PARIT BUNTAR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan memerangi habis-habisan penagih dadah...

Kanak-Kanak Maut, 6 Cedera...

TANGKAK - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut, manakala enam lagi cedera selepas...

UMNO Lantik Tengku Razaleigh...

KUALA LUMPUR - UMNO mengumumkan penubuhan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan veteran parti, Tengku...

Pelancong China Lemas Ketika...

SEMPORNA - Seorang pelancong warga China mati lemas ketika mandi di sebuah pusat...

Hujan Lebat Tahap Bahaya Di Pantai Timur

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa negeri bermula Jumaat hingga Sabtu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, MET Malaysia memaklumkan, amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang.

“Daerah terlibat di Pahang adalah Jerantut, Kuantan dan Pekan manakala amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran dan Rompin.

“Amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam manakala amaran tahap buruk jika jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh 6 jam,” katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Jumaat.


Dalam pada tu, MET Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang (Bentong dan Bera), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor (Segamat dan Mersing).

Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam sesuatu tempoh di sesuatu kawasan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori