Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Wujud Unsur...

SHAH ALAM - Polis mengesahkan wujud unsur kecuaian berhubung kematian bayi lelaki sembilan...

Penganggur Dipenjara & Sebat...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur yang menipu seorang ejen hartanah membabitkan wang berjumlah...

Program Anwar Di UM...

Program Pidato yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya...

Rozita Che Wan Sarat...

TERSERLAH seri di wajah pelakon cantik, Rozita Che Wan yang kini sedang sarat...

India Dakwa Bangunkan Vaksin Sejagat

NEW DELHI – Saintis India mendakwa telah membangunkan vaksin sejagat yang berkesan ke atas semua varian Covid-19, lapor laman Economic Times, kelmarin.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Kazi Nazrul, Asansol dan Institut Pendidikan dan Penyelidikan Sains India memberitahu berjaya mereka vaksin peptida yang mampu melawan segala jenis varian Covid-19 sedia ada dan akan datang.

Penyelidikan mereka telah diterima untuk diterbitkan dalam Jurnal Cecair Molekul yang bertumpu kepada aspek asas struktur, interaksi dan proses dinamik dalam cecair mudah, molekul serta kompleks.

“Dalam kajian ini, kami menggunakan pendekatan imunoinformatik untuk membentuk AbhiSCoVac, peptida chimeric berbilang sasaran berbilang epitope yang mampu menjana imuniti perlindungan terhadap kesemua enam varian hCoV-229E, hCoV-HKU1, hCoV-OC43, SARS-CoV, MERS-CoV serta SARS-CoV-2.

“Vaksini ini sangat stabil, antigenik dan imunogenik,” kata penyelidik Abhigyan Choudhury.


Choudhary berkata pasukannya membangunkan vaksin menggunakan kaedah pengiraan dan peringkat seterusnya akan melibatkan pengeluaran vaksin yang akan diikuti dengan ujian ke atas haiwan serta manusia.

“Vaksin jenis ini adalah satu-satunya yang pernah dibangunkan. Belum ada vaksin lain di dunia pernah direka untuk mengatasi semua virus keluarga koronavirus sekali gus,” ujarnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori