Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bisu Selepas Lama Tidak...

SEORANG suspek pembunuh yang mengelak daripada ditangkap selama 12 tahun dengan berpura-pura bisu...

Lebih 8,000 Penganut Dijangka...

TAPAH - Pelbagai bentuk dan saiz kavadi yang berwarna-warni diusung oleh 50 penganut...

Hanya 4 Daripada 47...

KUALA LUMPUR - Pengauditan oleh Jabatan Audit Negara terhadap 47 syarikat Menteri Kewangan...

Najib Tegas Namun Prihatin...

KUALA LUMPUR - Apabila berdepan masa sukar, perlu bertahan, kuatkan semangat dan harungi...

Isu Vaksin: KJ Saman Lokman Adam, Abu Syafiq

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan penceramah Mohd Rasyiq Mohd Alwi yang lebih dikenali sebagai Abu Syafiq.

Saman itu dibuat susulan tulisan di atas talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tanun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Saman-saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari.

Ia merujuk kepada video, gambar dan tulisan di media sosial – Facebook, Youtube dan Instragram.

Saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.


Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.

Pengurusan kes ditetapkan pada 28 Februari.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori