Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lawak ‘Biadap’ Nabil Terhadap...

"MACAM ni punya cantik pun berpisah jua," kata pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad...

Hadi Bercita-Cita Jadi PM...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya...

Azwan Kombos Akui Masih...

SIAPA yang dapat melupakan 'drama' putus cinta yang berlaku antara pelakon Azwan Kombos...

Kastam Sasar Bayaran Balik...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai...

Jadikan Kuarters Kerajaan Terbiar Rumah Mampu Sewa

JOHOR BAHRU: Kompleks perumahan kerajaan atau kuarters kerajaan yang terbiar boleh dibaikpulih untuk dijadikan rumah transit atau rumah mampu sewa.

Pengasas Armada Relawan Tanjung Selatan (ARTS), Ahmad Anwar Asyraf Ismail, berkata hartanah berkenaan boleh ditawarkan kepada pasangan yang baru berumah tangga dan yang tidak mampu untuk membeli rumah sendiri.

“Tawarkan kepada golongan ini berdasarkan kepada kadar sewaan yang berpatutan dan hanya untuk tempoh tertentu sebagai contoh selama dua tahun sahaja. Tujuannya adalah membantu meringankan beban kewangan anak-anak muda yang baru memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.

“Rumah-rumah ini juga boleh ditawarkan kepada golongan B-40 dengan kadar mampu sewa,” katanya dihubungi.

Beliau berkata, kompleks perumahan kerajaan yang terbiar itu akhirnya mengundang masalah kepada penduduk setempat termasuk menjadi sarang penagihan dadah dan perbuatan tidak bermoral.


“Contoh ialah kompleks perumahan kerajaan daerah Muar yang terletak di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail yang terbiar sejak 2014. Adalah amat menyedihkan kompleks perumahan yang mempunyai puluhan rumah tidak dapat memberi manfaat kepada warga yang memerlukan rumah.

“Apabila terbiar begitu, kawasan terdedah kepada masalah seperti kejadian penemuan rangka manusia pada 2018 dan apabila diselidik ia seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak dua tahun sebelum itu. Namun selepas kejadian itu, Alhamdulillah kawasan itu sudah berkunci,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori