Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Kontena Beras: Selatan...

KOTA KINABALU - Pembeli beras di Filipina memutuskan untuk mengetepikan Sabah dan Labuan...

Sharnaaz Ahmad Mahu Kawal...

KAMI percaya ramai peminat Sharnaaz Ahmad perasan akan perubahan positif pada diri pelakon itu...

Henti Operasi Harimau Berlegar...

NEW DELHI - Pembuat kereta terbesar India, Maruti menghentikan operasi sebuah kilangnya selepas...

Pembukaan Cawangan Baru Fish...

NYUMM, memang enak tak terkata makanan yang disajikan oleh Fish & Co. ketika...

Jadikan Najib, Zahid ‘Poster Boy’ Bukan Perkara Utama

PASIR GUDANG – Cabaran supaya UMNO meletakkan Datuk Seri Najib Tun Razak atau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘poster boy’ untuk Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat bukan perkara utama.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, ‘poster boy’ tiada makna sekiranya tidak boleh membawa kemajuan untuk negeri ini, sebaliknya BN akan memberi tumpuan terhadap manifesto.

“Apa yang penting ialah apa manifesto kita nak buat dan yang penting pada akhirnya mampu atau tidak kita ini membawa kebaikan dan kemajuan kepada negeri Johor.

“Sekarang ini bukan soal siapa untuk jadikan ‘poster boy’, bukan itu. Soalnya ialah apa yang boleh menjadikan Johor ini terus maju, membangun dalam negara.

“Soal ‘poster boy’ ini, kalau nak ada ‘poster boy’ tetapi tidak boleh majukan Johor tidak jadi apa,” katanya mengulas kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mencabar UMNO menjadikan kedua-dua pemimpin UMNO itu sebagai ‘poster boy’ untuk BN pada PRN Johor.

Beliau yang juga Pengerusi BN Pasir Gudang berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Molek Harmoni di Taman Desa Harmoni di sini pada malam Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, cabaran Wan Saiful itu tidak mendatangkan manfaat dan matlamat BN bertanding PRN adalah jauh lebih besar daripada isu tersebut.


“Kita nak pastikan kita boleh hidupkan kerajaan kuat kukuh dan Johor dapat dimajukan. Bukan soal ‘poster boy’. Itu dia punya hal kalau nak letak gambar Abahku ke sebagai ‘poster boy’ ke apa, lantaklah tetapi tak perlu suruh UMNO,” katanya.

Ujarnya, BN akan membentangkan manifesto pragmatik dan realistik untuk PRN Johor dalam usaha menawan hati pengundi.

“Masyarakat khususnya pengundi sudah bijak untuk menilai apakah janji-janji yang ditawarkan sesebuah parti politik itu benar-benar dapat ditunaikan ataupun tidak.

“Manifesto BN untuk PRN Johor, kita tidak akan bertindak seperti mereka (Pakatan Harapan) nak kencing sesiapa,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori