Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tiada Perancangan Laksana...

TANJONG KARANG - Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan tambatan ringgit berbanding dolar...

Kematian Daud Kehilangan Besar...

SHAH ALAM - Kematian bekas anggota Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep awal...

KBAT Fokus Hala Tuju...

KOTA SAMARAHAN – Hala tuju pendidikan pada abad ke-21 memfokuskan kepada pemikiran yang...

Kehidupan Orang Asli ‘Karnivor’...

Di sebuah kawasan pedalaman Siberia di Russia, terdapat suku orang asli yang jarang...

Jamaludin Dilantik Jadi Pengerusi Capital A

KUALA LUMPUR : Capital A Bhd (Capital A) melantik Tan Sri Jamaludin Ibrahim menjadi Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif sebagai sebahagian transformasi berterusan kumpulan, termasuk menjenamakan semula perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Limited (AAAL) kepada AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL).

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pelantikan Jamaludin, yang juga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Bhd akan memberikan perspektif baharu dan kepimpinan yang lebih mantap bagi menyokong pertumbuhan strategik perniagaan penerbangan kumpulan.

Katanya, penukaran nama kepada AAAGL itu juga turut mencerminkan strategi pemulihan dan pertumbuhan kumpulan dengan menggabungkan semua operasi syarikat penerbangan di bawah satu entiti untuk memfokuskan pengembangan perniagaan dalam ekosistem yang lebih besar.

Di bawah struktur baharu itu, katanya, AAAGL akan menyelia semua syarikat penerbangan di bawah Capital A, selain menyokong AirAsia Consulting, perkhidmatan korporat bersama AirAsia SEA, rangkaian restoran makanan dan minuman, Santan serta pengendali perkhidmatan darat, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR).

Katanya, pembentukan lembaga pengarah baharu untuk AAAGL, yang terdiri daripada semua pengarah bebas, kecuali Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan pula adalah berasingan daripada lembaga pengarah Capital A.

“Penstrukturan semula ini dapat menyediakan platform berasingan, kukuh dan padu untuk operasi syarikat penerbangan yang menyokong Capital A untuk menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.

“AAAGL juga akan menjadi salah satu tonggak utama Capital A, di samping perniagaan digital baharu dan syarikat kejuruteraan pesawat, Asia Digital Engineering (ADE).


“Syarikat penerbangan akan sentiasa menjadi tonggak utama perniagaan AirAsia dan kami mempunyai rancangan pertumbuhan yang kukuh untuk masa hadapan dengan pembukaan sempadan dunia serta peralihan kepada fasa endemik,” katanya selepas sidang media secara maya, hari ini.

Mengulas lanjut, Tony berkata, langkah transformasi kumpulan itu juga dapat memberikan tumpuan khusus pada perniagaan penerbangan dalam menyokong pertumbuhan yang mampan termasuk menubuhkan syarikat baharu pada masa hadapan.

Beliau berkata, keutamaan kumpulan ketika ini adalah mengumpulkan gabungan profesional terkemuka daripada pelbagai industri dan kemahiran berlainan untuk saling melengkapi sebagai lembaga pengarah.

“Mereka terdiri daripada pemain industri terbaik dalam bidang masing-masing termasuk tokoh terkenal. Barisan lembaga pengarah yang akan diumumkan dalam jangka masa terdekat ini akan memainkan peranan penting kepada kumpulan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori