Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Budak Maut Jentera...

BESUT - Dua kanak-kanak perempuan berumur 7 dan 10 tahun lemas apabila traktor...

Muhyiddin Serah Senarai Jemaah...

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan...

Isu Tanah FELDA: Isa...

GEORGE TOWN - Polis tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri...

Skuad B-22 Malaysia Bawa...

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 22 Tahun negara (Harimau Muda) muncul juara Kejohanan...

Jangkitan Covid-19 Melonjak 27,831 Kes

PUTRAJAYA – Jangkitan harian Covid-19 terus meningkat dan kali ini melonjak melepasi angka 27,000 dengan 27,831 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes.

Menurut maklumat dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada Twitter beliau, daripada jumlah tersebut, sebanyak 97 kes (0.35 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 27,734 kes (99.65 peratus) kategori satu dan dua.

Katanya, kategori satu sebnyak 7,606 kes (27.33 peratus), kategori dua sebanyak 20,128 kes (72.32 peratus), kategori tiga sebanyak 59 kes (0.21 peratus), kategori empat sebanyak 28 kes (0.10 peratus) manakala, kategori lima pula sebanyak 10 kes (0.04 peratus).

“Justeru, kita perlu mempertahankan bersama-sama daripada badai omicron ini. Banyak negara di rantau ini mengalami trend peningkatan jadi, patuhi semua langkah-langkah kesihatan awam dan sosial untuk menahan badai omicron ini.


“Sila dapatkan vaksin serta dos penggalak untuk melindungi diri serta orang yang anda sayangi,” katanya pada hantaran Twitter beliau di sini hari ini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori