Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KM Sambut Baik Layanan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik...

2 Terbunuh Gempa Kuat...

SANTIAGO - Gempa bumi kuat berukuran 8.3 magnitud yang melanda Chile pagi tadi...

Pawagam Di Kelantan Dibuka...

PETALING JAYA - Pihak berkuasa Kelantan bersikap terbuka terhadap kemungkinan pawagam di negeri...

Gempa Sederhana Landa Sempadan...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda sempadan...

Jepun Pertimbang Langkah Baharu Jika Krisis Ukraine Makin Buruk

TOKYO: Jepun akan mempertimbangkan langkah baharu untuk diterima pakai sekiranya keadaan di Ukraine kian meruncing, lapor Sputnik.

Perdana Menteri Fumio Kishida berkata demikian pada Rabu, mengulas pengiktirafan Rusia terhadap republik Donetsk dan Luhansk (DPR, LPR).

Terdahulu, Kishida mengumumkan satu set sekatan termasuk larangan pengeluaran visa dan pembekuan dana simpanan DPR dan LPR; larangan eksport-import dengan republik itu; penempatan dan operasi serta hutang kerajaan di Jepun.

“Keadaan (di Ukraine) masih sukar diramal keadaan mungkin berubah-ubah. Oleh itu, jika keadaannya bertambah buruk, bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa, bermula dengan negara-negara G7, kita perlu segera mempertimbangkan pengenalan langkah baharu,” katanya.


Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan DPR dan LPR daripada Ukraine dan akan memastikan keselamatan dua republik itu.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori