Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

149 Negara Enggan Iktiraf...

BERSEJARAH... Israel sekali lagi malu apabila Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) tolak...

Mohamad Khir Toyo Dihukum...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas...

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan...

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan...

Babi Hutan Rempuh Masuk...

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) semalam mengesahkan proses sertu yang dilaksanakan...

Jet Pejuang Myanmar Terhempas Di Sagaing

YANGON: Sebuah jet pejuang Myanmar terhempas di wilayah Sagaing selepas dipercayai mengalami masalah teknikal pagi tadi.

Pesawat terbabit yang berlepas dari pangkalan udara Tada-U terputus hubungan pada jam 10.43 pagi (waktu tempatan) sebelum dilaporkan terhempas.

Menurut kenyataan, operasi mencari dan menyelamat juruterbang pesawat itu sedang dilakukan.

Juruterbang terbabit sedang melaksanakan misi latihan bukan pertempuran ketika kejadian berlaku.

Junta Myanmar didakwa sering melakukan serangan udara di beberapa wilayah termasuk Sagaing bagi menentang pasukan bersenjata ‘people’s defence forces’ yang memberontak melawan pemerintahan tentera.


Jun lalu, 12 orang terkorban apabila pesawat tentera Myanmar membawa pemimpin kanan agama serta penderma, terhempas.

Kejadian serupa turut berlaku di Laut Andaman pada 2017 membunuh semua 122 penumpang yang disifatkan kemalangan udara paling teruk dalam sejarah negara.

Pihak berkuasa menyalahkan cuaca buruk sebagai punca insiden itu dan pada 2015, sebuah pesawat penumpang Air Bagan tergelincir dari landasan dalam hujan lebat yang mana seorang penumpang dan seorang di darat terbunuh.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori